Arwah ibu diajak ke alam lain dua hari sebelum maut nahas

 Tiga wanita warga emas maut dalam kemalangan dua kereta dan pikap Toyota Hilux di Kilometer 167 Jalan Johor Bahru-Seremban, Segamat petang semalam. - Foto NSTP/Ahmad Ismail

Tiga wanita warga emas maut dalam kemalangan dua kereta dan pikap Toyota Hilux di Kilometer 167 Jalan Johor Bahru-Seremban, Segamat petang semalam. - Foto NSTP/Ahmad Ismail

SEGAMAT: "Dua hari sebelum arwah ibu, Fatimah Ismail, 66 meninggal dunia, dia bercerita kepada saya arwah ayah dan abang kerap datang dalam mimpinya dengan berpakaian serba putih.

"Arwah ibu juga beritahu dia diajak menyusul mengikuti arwah ayah, Embok Hitam dan abangnya, Mohd Jamal ke dunia lain. Saya kini hilang tiga insan tersayang dalam tempoh singkat," kata Norsinah Embok Hitam, 45.

Norsinah adalah anak tunggal kepada Fatimah Ismail 66, cucu kepada, Indok Akok, 89 dan anak saudara Tahallah Abd Fatah, 62, tiga wanita warga emas yang meninggal dunia petang semalam akibat terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di sini.

Dalam kejadian petang semalam, Fatimah Ismail, parah di beberapa bahagian badan dan kepala selepas Perodua Alza yang dinaikinya bersama 10 ahli keluarga di rempuh pikap Toyota Hilux ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Parit Kerimun, Benut, Pontian.


Semua jenazah dijangka dibawa pulang ke rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Karimun, Benut selepas solat Jumaat.

Dua daripada tiga kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 167 Jalan Johor Bahru-Seremban yang menyebabkan tiga maut. - Foto NSTP/Ahmad Ismail
Dua daripada tiga kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 167 Jalan Johor Bahru-Seremban yang menyebabkan tiga maut. - Foto NSTP/Ahmad Ismail

"Selepas arwah ayah dan abang meninggal dunia beberapa tahun lalu, dia menumpukan sepenuh perhatian menyantuni anak cucu," katanya ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS).

Sementara itu, anak arwah Indok Akok, Ambok Salingkek Abdul Fatah, 69 berkata dia pasrah ketentuan Ilahi.

"Mereka dalam perjalanan pulang dari Felda Pemanis, Segamat selepas Asar menziarahi pengebumian anak saya. Kes seperti ini amat menyentuh perasaan dan mengajar erti ketabahan," katanya.

Ketua Polis Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah mengesahkan tiga mangsa maut menaiki Perodua Alza adalah Indok Akok Dg Sitakak, 89, Tahallah Abd Fatah, 62 dan Fatimah Ismail, 66.

"Mangsa lainnya yang terbabit nahas tiga kenderaan itu dirawat di Hospital Daerah Segamat (HDS).

0 Response to "Arwah ibu diajak ke alam lain dua hari sebelum maut nahas"

Post a Comment