Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Arzurizan Abd. Rahman, 39, atau lebih dikenali dengan panggilan Zul Badak yang juga aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di daerah ini mati di tempat kejadian akibat cedera parah di leher, dada dan pinggang.
Berdasarkan maklumat awal, kata beliau, dua suspek yang tidak dikenali itu memakai topeng muka dan melepaskan tembakan dari jarak kira-kira 10 meter sebelum melarikan diri.
Katanya, dua rakan mangsa yang berada di dalam kenderaan itu bernasib baik kerana tidak terkena tembakan yang dilepaskan oleh suspek.
Mereka juga sempat membaling batu ke arah cermin kereta suspek sebelum kedua-duanya melarikan diri. Setakat ini, kita belum dapat menentukan motif kejadian, banyak khabar angin kita dengar tetapi kita tidak boleh buat sebarang kenyataan rasmi selagi suspek utama tidak ditahan.
Ini kali pertama kejadian tembak yang membabitkan penggunaan senjata berat raifal di negeri ini. Jika dilihat kepada jenis kelongsong peluru ditemukan di lokasi kejadian, biasanya senjata digunakan jenis M-16, katanya.
Jenazah Allahyarhan Ayahanda Zul selamat disemadikan di Bukit Kuantan dengan ribuan kenalan hadir memberi pengormatan terakhir untuk arwah yang amat dikenali sepanjang hayat hidup nya. Al-fatihah
0 Response to "Di Sekitar"
Post a Comment