[VIDEO] Tunggu polis cekup! Pekerja 7E ditumbuk, suspek siap ajak ‘selfie’

 Seorang pekerja sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Bandar Rinching, Kajang mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas ditumbuk lelaki yang didakwa mabuk dalam kejadian berlaku malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 17 tahun pada mulanya bertindak menegur lelaki tersebut kerana mengambil payung di dalam premis berkenaan.

Bapa mangsa, Shahrul Aminshah Aziz berkongsi, anak lelakinya berkerja sambilan di kedai serbaneka itu selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ketika kejadian dua lelaki yang mabuk masuk ke premis dan cuba mengambil payung. Anak saya menegurnya namun kemudian ditumbuk salah seorang lelaki terbabit.
“Apa yang menjengkelkan adalah tindakan lelaki terbabit yang mengambil swafoto anak saya selepas ditumbuk,” katanya dihubungi Harian Metro hari ini.

Dia berkata, anaknya kini menerima rawatan di Hospital Kajang akibat kecederaan tersebut dan sudah membuat laporan polis selain meminta kerjasama orang ramai bagi menghulurkan maklumat.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta swafoto berhubung kejadian berkenaan tular selepas dimuat naik akaun @nanmanjoi8715 di laman Twitter.

 

Tunggu polis cekup!

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengesan suspek.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor), Twitter @nanmanjoi8715

0 Response to "[VIDEO] Tunggu polis cekup! Pekerja 7E ditumbuk, suspek siap ajak ‘selfie’"

Post a Comment