“Mangsa Sedang Tidur”, Kanak-Kanak Lelaki Maut Selepas Bilik Terbakar

 


Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun maut selepas rumah yang didiaminya terbakar pada pagi Ahad di Taman Pantai Bersih, Butterworth.

 

Mangsa kanak-kanak lelaki utu ditemui tidak bernyawa dalam salah satu bilik di sebuah rumah flat di tingkat dua di taman berkenaan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1 Mohd Nasir Idris berkata, pada jam 8.29 pihakya telah menerima satu panggilan kecemasan berkenaan kebakaran di sebuah rumah flat.

Menurut pegawai itu lagi, kebakaran melibatkan sebuah rumah flat di tingkat dua (bangunan empat tingkat) dengan anggaran keluasan 30×30 kaki persegi (kps) dan anggaran peratusan kemusnahan keseluruhan 20 peratus.

Kebakaran berlaku di sebuah bilik berkeluasan 10×10 kps dan kebakaran telah dipadamkan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Bagaimanapun, seorang kanak kanak berusia dua tahun ditemui di dalam bilik tersebut namun didapati telah meninggal dunia.

Malah, punca kejadian dan jumlah kerugian asih dalam siasatan.

Dalam Pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintenden Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Benar kejadian melibatkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun. Ketika kejadian, mangsa sedang tidur di dalam bilik berkenaan.

Ibunya telah keluar bekerja pada jam 7.30 pagi, neneknya sedang mandi manakala ahli keluarga lain sedang tidur. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

Kredit: Sinar Harian

0 Response to "“Mangsa Sedang Tidur”, Kanak-Kanak Lelaki Maut Selepas Bilik Terbakar"

Post a Comment