[Video] Bayi ‘Tewas’ Tersedak Susu Lepas Ibu Bapa Guna Alat Pemegang Botol Susu

 


Saban tahun, banyak inovasi produk bayi yang berjaya dihasilkan bagi tujuan memudahkan ibu bapa saat menguruskan anak-anak di rumah. Pun begitu, bukan semua produk yang viral itu bagus. Mahu senang sekalipun, jangan sampai merisikokan keselamatan anak kita.

Sesuai untuk bayi usia 3 bulan ke atas…Alat penyelamat ibu di rumah?

Baru-baru ini, sebuah produk berupa pemegang susu botol budak telah dipromosikan di segenap media sosial. Dengan harga sekitar RM50-RM70, para pengguna diyakinkan bahawa alat itu sangat membantu jika mereka sedang sibuk di rumah kerana tidak perlu pegangkan botol saat anak menyusu.

Bayi belum mampu mengawal pergerakan tubuh sendiri

Namun, Puan Nad Marom selaku seorang Kaunselor Laktasi Bertauliah memberikan peringatan supaya ibu bapa di luar sana tidak menggunakan produk ini tanpa sebarang pantauan. Jelasnya, seorang bayi belum mempunyai kemampuan pergerakan yang lengkap dan pastinya tidak boleh melakukan apa-apa andai berlaku situasi tersedak susu.


Hasil post mortem tersedak susu…Anak pula beberapa tahun kahwin baru dapat

Rupanya, sudah ada satu kejadian di mana seorang bayi disahkan pergi selamanya akibat penggunaan produk tersebut. Saat mengalami tersedak susu, tiada sesiapa mengetahui hal tersebut kerana masing-masingnya sibuk dalam suasana raya. Akhirnya, pasangan suami isteri itu bercerai kerana mula menyalahkan sesama sendiri tentang pemergian anak mereka.

 

Kredit : Twitter Nadmasrom & TikTok Nadmasrom

0 Response to "[Video] Bayi ‘Tewas’ Tersedak Susu Lepas Ibu Bapa Guna Alat Pemegang Botol Susu"

Post a Comment