Budak 12 tahun disiasat selepas disyaki curi, pandu bas lebih 100km

 Polis sedang menyiasat seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang disyaki mencuri bas dan bersiar-siar dengan kenderaan itu di Timur Singapura.

Polis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kecurian bas persendirian di Tampines Avenue 10, kira-kira jam 12 tengah hari, Rabu lalu.


Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan, selain siasatan sedang dijalankan.

Berdasarkan beberapa muat naik di Instagram, kanak-kanak lelaki itu memandu bas berkenaan pada jarak lebih 100 kilometer selama lima jam, sebelum kenderaan itu terbabas dan ditinggalkan terbiar di ruangan bas.


Gambar menunjukkan dia tersenyum apabila dikelilingi pegawai polis dan tangkap layar skrin rakaman kamera pemuka menunjukkan kanak-kanak terbabit memandu di tempat pemandu.


Pengendali bas swasta, A&S Transit dalam kenyataan semalam menggesa orang ramai tidak menyalahkan kanak-kanak itu kerana dia jelas menunjukkan ‘minat’ terhadap bas dan perlu dimaafkan, selain memberi sokongan sewajarnya.


“Orang ramai, kerajaan dan organisasi diseru supaya tidak mengetepikan golongan belia, sebaliknya melihat insiden ini sebagai kaedah menilai semangat semakin meningkat dalam kalangan generasi muda dan menyokong mereka dengan lebih banyak saluran dan peluang sewajarnya,” katanya. – AGENSI




0 Response to "Budak 12 tahun disiasat selepas disyaki curi, pandu bas lebih 100km"

Post a Comment