Ditayangkan pada 2015, siapa menduga filem seram terbitan Aziz M. Osman berjudul ‘Jengka’ telah tular kembali ke media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini. Difahamkan, jalan ceritanya diadaptasikan daripada sebuah kejadian sebenar yang diceritakan semula oleh seorang individu kepada Aziz M. Osman.
Nini pulang ke Jengka, Pahang untuk melahirkan anak
Ringkasnya, karya mistik ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri bernama Basir (lakonan Riezman Khuzaimi ) dan Nini (lakonan Ramona Zamzam) yang pulang ke kampung mereka di Felda Jengka, Pahang untuk menyambut kelahiran bayi baru. Dalam masa sama, Nini meminta tolong abangnya, Along (Raja Azrey) untuk merakamkan suasana sepanjang persiapan majlis nanti.
Nini merajuk larikan diri masuk ke ladang sawit belakang rumah
Malangnya, Nini yang saat itu benar-benar menantikan masa untuk bersalin telah mendapat tahu rahsia bahawa suaminya mempunyai wanita simpanan. Kerana tertekan dan kecewa, dia bertindak melarikan diri ke kebun sawit belakang rumah sebelum menghilang tanpa jejak. Orang kampung dan keluarga yang cuba mencari hanya mendengar suara bayi dan jeritan misteri Nini.
Hanya yang tahu je tahu kisah sebenar…Berlaku di Jengka 18…Area 18-23 memang something
Difahamkan, filem berkenaan menggabungkan footage sebenar saat kejadian berlaku kemudiannya diselang-selikan dengan lakonan setiap karakter. Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang merupakan penduduk di sekitar Jengka turut mengakui kesahihan kisah itu. Walaupun ada yang berkata rakaman itu hanya lakonan 100%, rata-ratanya akui ‘Jengka’ adalah filem yang cukup menyeramkan.
Kredit : Facebook Movie Addict MY & TikTok Hadam Project
0 Response to "[VIDEO] Viral Filem Seram Jengka, Bini Lari Beranak Ke Kebun Sawit Tahu Suami Selingkuh"
Post a Comment