Bahaya

seorang kanak-kanak lelaki menjadi mangsa cabul seorang lelaki warga asing tersebar di laman sosial sebentar tadi.

Video yang berdurasi 20 saat itu dimuat naik oleh Puan Seri Zaza di laman Facebook dan menerima kecaman netizen yang jijik melihat perbuatan tidak senonoh lelaki warga asing berkenaan.

"Budak lelaki pun kau jadi ye? Saya berada di klinik hari ini dan doktor telah menunjukkan kepada saya sebuah video klip di sebuah mall.

"Di dalam mall ini menyediakan perkhidmatan kereta kecil yang menggunakan tenaga bateri untuk kanak-kanak bermain sambil diawasi oleh salah seorang lelaki daripada kumpulan penyedia perkhidmatan ini.

"Semasa anak tengah asyik bermain di mana ibu bapa mereka sibuk berbual sementara menunggu anak habis bermain, lelaki terbabit mengambil peluang untuk melakukan perbuatan kejinya itu.

"Sebaik saja tiba di sudut luar pandangan ibu bapa mangsa, lelaki itu memberhentikan kereta mainan tersebut dan mula mencab-ul mangsa.

"Mangsa cuba menolak lelaki terbabit, namun apakan daya kudrat orang dewasa tidak dapat ditewaskan. Mangsa adalah kanak-kanak lelaki!" katanya.

Lelaki terbabit dilihat mencium mangsa beberapa ketika sebelum melepaskannya dan perbuatannya itu sempat dirakam oleh orang awam.

Tidak dapat dipastikan sama ada kes itu berlaku di dalam atau pun luar negara.

Jenayah pedophile semakin menjadi-jadi. Ibu bapa dinasihatkan tidak leka dan membiarkan anak-anak bersama dengan individu yang tidak dikenali mahupun meletakkan kepercayaan pada orang lain sewenang-wenangnya bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku. - THEHYPEMEDIA.COM

0 Response to "Bahaya"

Post a Comment