Langgar

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki Cina dibelasah sekumpulan lelaki Melayu di sebuah restoran selepas terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita.

Dalam kejadian yang berlaku di Assam Jawa itu, lelaki terbabit dibelasah orang ramai kerana didakwa melarikan diri dan makan di restoran bersama dengan ahli keluarganya setelah melanggar seorang penunggang motosikal wanita.

Difahamkan, mangsa berusia 30'an yang juga anak yatim, dalam perjalanan pulang kerja dari Shah Alam. Apabila tiba di satu simpang, mangsa cuba memberi laluan kepada suspek. Namun suspek memandu dengan laju lalu merempuh mangsa menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang bersama dengan motosikalnya.

Ketika ditemui, mangsa dikatakan masih bernyawa dan dipercayai lehernya patah. Suspek juga dikatakan sempat menjenguk mangsa yang berada di dalam longkang. Namun bertindak meninggalkan mangsa dan pergi makan di restoran berhampiran.

Orang ramai yang berjaya mengesan kereta suspek, terus bertindak menahannya di restoran terbabit untuk diserahkan kepada pihak polis. Malangnya, suspek melawan dan berlaku sedikit pergelutan sebelum suspek mengalah dan melarikan diri masuk ke dalam kereta peronda polis yang tiba di lokasi.

0 Response to "Langgar"

Post a Comment