Respon Kedua

Sepatutnya semalam Linda Rafar dan suaminya Syed Aiman perlu hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam untuk mengesahkan lafaz cerai. Namun mereka tidak hadir.

Status perkahwinan mereka masih menajdi tanda tanya orang ramai terutama para peminat.

Linda bagaimanapun ada menghantar WhatsApp kepada BH Online memberitahu sedikit info tentang kejadian tersebut.

Kata Linda, lafaz itu dilakukan tanpa sebab dan dia menjadi mangsa. Linda turut memberitahu dia masih trauma dan belum tahu apa lanjutan serta tindakan yang patut dilakukan.

Ini kenyataan Linda:

"Saya agak kecewa dengan sikap terburu-burunya melafazkan cerai. Selepas itu dia nak tarik balik lafaz berkenaan kerana menyesal dan di saat hati saya remuk. Sama ada untuk terima dia semula atau tidak, saya masih belum ada jawapan pasti.

"Yang pasti saya difitnah dan diceraikan tanpa sebab. Saya tak boleh menerima langsung apa yang dilakukannya kerana saya tak ada buat salah.

"Malah saya sentiasa bersabar dan mengalah dalam apa juga dugaan berumah tangga. Maaflah saya demam teruk dan suara pun serak nak bercakap...sebab itu saya tak angkat telefon bimbit,"

Linda dan Syed berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq.

0 Response to "Respon Kedua"

Post a Comment