Kesal


Luahan isteri Johan iaitu Ozlynn yang kesal sikap sesetengah peminat yang agak kurang ajar menunjukkan mereka sentiasa menjadi perhatian umum.

Hakikatnya Ozlynn terpaksa berkongsi suami tercintanya itu dengan keluarga besar peminat Johan di luar sana.

Konon-konon nak dating berdua, tetapi takleh dating. Sebab ramai join dating sama dengan aku laki bini...Nak romen jek, Baharom, Senah, Tipah, Samat, Mikail, Farah datang...

Haaa, diorang ni siapa? Datang buat apa? Oooo..peminat shuben aku. Lupa kadang-kadang shuben aku artis. Kena share dengan depa semua. Kadang-kadang takut nak tegur. Relax, kami tak makan orang...

Kadang-kadang ada yang over excited, setengah jam juga nak tunggu diorang keluarkan camera. Tapi okay lagi, still menghormati...Aku suka diorang ni, kadang-kadang siap cakap sorry banyak kali...

Tetapi dalam seratus itu, ada juga terselit yang kurang adabnya. Contohnya orang tengah makan, kau terus rentap leher ajak bergambar yang mana kita pun tak perasan dari nak senyum terus berubah rupa...

Jangan buat lagu tuh. Kami manusia biasa juga, ada hati dan perasaan. Tetapi hari ini semua yang datang kacau kitaorang dating sangat-sangat sempoi dan menghormati. Wa salute korang!!!

Tapi sebagai peminat, kita juga kena sedar yang JOhan juga seperti lelaki lain. Dia mempunyai keluarga. Berikannya sedikit ruang untuk bernafas ye!!!

0 Response to "Kesal"

Post a Comment