#Satu makhluk yang di percayai pontianak telah dapat dirakam sedang duduk diatas sebuah teksi berwarna kuning oleh penduduk yang baru pulang dari kerja kilang pukul 2 pagi.
Dikatakan gambar menyeramkan ini di rakam dari atas rumah pangsa beliau. Menurut sumber kejadian menyeramkan ini berlaku ditempat parkir kereta dikawasan perumahan itu.
Menurut sumber pemilik kereta berwarna merah yang kebetulan meletakkan keretanya bersebelahan teksi yang berwarna kuning itu, tidak menyedari atau melihat makhluk yang menakutkan yang di percayai pontianak diatas bumbung teksi tersebut.
Dikatakan Pemilik kereta merah itu keluar untuk bertugas pada waktu yang sama jam 1 pagi tidak menyedari makhluk menyeramkan berada disitu.
Sumber asal: qasyahfulmalayworld
(KISAH MALAM JUMAAT) FAKTA TENTANG HANTU
1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak – wanita berpakaian serba putih membalas dendam.
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya.Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes yang menceritakan ada manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.
Ejaan pontianak adalah lebih popular dikalangan penutur Melayu dengan 883,000 keputusan bagi untuk pontianak di Google, berbanding hanya 557 untuk puntianak. Oleh itu keputusan menukar ejaan jelas kurtobucketang popular dan tidak diterima secara meluas dikalangan penutur Melayu.
Pontianak (puntianak) juga merupakan nama ibukota Kalimantan Barat di Indonesia yang secara tidak langsung sebenarnya ada kaitannya dengan hantu pontianak tersebut. Tersebutlah kisah, ketika Syarif Abdurrahman Al-Qadri pertama kali mendirikan Kota Pontianak, beliau dan rombongannya sering diganggu oleh hantu pontianak ketika menyusuri Sungai Kapuas yang merupakan pintu gerbang Kota Pontianak dari arah laut cina selatan. Maka untuk mengusir hantu pontianak tersebut, ditembaknya meriam.
Sekaligus dimana peluru meriam itu jatuh, di situlah akan didirikan kesultanan. Maka peluru meriam itu jatuh di simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur. Itulah asal usul Kota Pontianak. Nama Pontianak sendiri diambil dari nama hantu pontianak yang sering mengganggu Syarif Abdurrahman Al-Qadri. Syarif Abdurrahman Al-Qadri sendiri akhirnya menjadi Sultan Kesultanan Pontianak yang pertama (sekitar abad 17).
Kini Keraton Qadriah dan Masjid Jamik Sultan Syarif Abdurrahman masih berdiri dengan kukuh di kawasan Beting dan Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur, sebagai saksi bisu kejayaan Kesultanan Melayu Pontianak-Kalimantan Barat-Indonesia
2. Polong –
Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
3. Toyol – hantu kanak-kanak bogel
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
4. Pelesit – boleh dipelihara
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.
Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.
5. Hantu air – dalam air
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu menbahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak
0 Response to "Ponti"
Post a Comment