Gagal untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada hari Rabu lalu bagi mengesahkan lafaz talak yang dibuat kepada isterinya Linda Rafar, Syed Aiman menegaskan beliau tidak akan menghadirkan diri ke mahkamah kerana tidak pernah melafazkan cerai tersebut.
Mengakui wujudnya pergaduhan di antara mereka, Syed Aiman memberitahu beliau masih waras dan tidak akan melakukan perkara buruk itu. Buat beliau, mungkin isterinya yang sedah hamil 3 bulan terlebih emosi kerana pembawakan budak.
Saya tidak akan ke mahkamah sebab saya tidak pernah lafazkan cerai. Apa juga tanggapan orang di luar sana, saya yakin saya masih waras. Memang tidak dinafikan kami bergaduh, tetapi tidaklah sampai saya buat begitu. Saya rasa ini mungkin akibat pembawaan budak.
Tidak mahu terus mengalah kerana masih sayangkan isteri serta keluarganya, Syed Aiman akan berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya.
Melihat apa kenyataan yang dikeluarkan Linda memang saya terkejut. Saya fikir dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan sehingga menimbulkan kekecohan seperti ini.
Jujurnya saya masih sayangkan dia dan keluarga kami. Tentunya saya harap perkara ini akan segera selesai.
Peminat mula hidu rumah tangga mereka bermasalah apabila Linda Rafar menerusi akaun Instagramnya sebelum ini memuat naik foto yang menggambarkan kehidupan yang indah ketika mula-mula berkahwin tetapi ia tidak seindah seperti yang dibayangkan.
Linda juga dalam satu kenyataan mengakui Syed Aiman ada melafakan cerai kepada dan selepas itu menyesali perbuatannya.
Tidak mungkin seseorang wanita itu akan mengakui sudah diceraikan jika tiada lafaz yang dilakukan bukan? Apa-apa pun semoga hubungan Linda Rafar dan Syed Aiman kembali pulih dan rata-rata peminat juga mendoakan yang terbaik buat mereka.
sumber : BeautifulNara
0 Response to "Syed Aiman"
Post a Comment