Peniaga maut disyaki ditikam bekas suami


 Seorang peniaga maut dipercayai ditikam oleh bekas suaminya dalam kejadian awal pagi Ahad di Taman Desa, Pasir Tumboh di sini.


Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu turut mengakibatkan lelaki berkenaan cedera parah di bahagian perut.


Mangsa yang meninggal dunia berusia dalam lingkungan 30-an dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini manakala bekas suaminya turut dirawat di hospital sama.


Sementara itu, seorang saksi memberitahu menyedari kejadian yang berlaku selepas dihubungi rakannya yang tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian.

Wanita berusia 30-an itu kemudiannya bergegas menjenguk melalui tingkap dan mendapati ambulans dan trak polis berada di pekarangan rumah sewa mangsa sebelum mengejutkan suami yang sedang tidur.


“Kami diberitahu beberapa individu mengenai penemuan mayat wanita yang didakwa ditikam di rumah itu, manakala seorang lelaki didapati cedera parah dalam rumah sama,” katanya.


Difahamkan mangsa menyewa di kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

0 Response to "Peniaga maut disyaki ditikam bekas suami"

Post a Comment