[Video] Kakak Berang Adik Lelaki Dihempuk Bini, Minta Cerai Kerana Taknak Hidup Susah


 Setiap rumahtangga pasti  mempunyai ujian masing-masing sama ada dari segi ekonomi, ipar duai dan sebagainya. Lagi-lagi jika seorang suami mempunyai pendapatan yang agak kecil, pastinya akan lebih mencabar kerana keadaan ekonomi sekarang. Oleh itu, suami dan isteri perlu lebih bersabar jika menyayangi hubungan perkahwinan mereka.

Kakak terkilan tengok keadaan adik lelakinya

Seorang wanita menerusi aplikasi TikToknya @Zeemarwardiana baru-baru ini mendedahkan tentang adik lelakinya yang didakwa dihempuk oleh isterinya. Dalam video tersebut, si kakak dilihat menangis sambil memeluk erat si adik lantaran begitu kasihan. Kerana dikasari, katanya wajah lelaki itu mempunyai kesan lebam.

Merahsiakan kejadian tersebut kepada kakaknya pada awalnya

 

Pada awalnya, lelaki berbaju merah ini tidak ingin buka mulut kerana bimbang kakaknya akan berang. Jadi, lelaki itu hanya beritahu kepada adik perempuannya sahaja pada awalnya. Sejurus dimaklumkan, mereka terus membawa lelaki tersebut ke klinik bagi menjahit mulutnya yang terkoyak akibat pergelutan dengan isteri.

Bini selalu minta cerai kerana keadaan ekonomi

Menurut kakaknya lagi, bini adiknya selalu meminta cerai kerana masalah ekonomi apalagi lelaki itu hanya bekerja sebagai penghantar makanan. Namun, dia selalu menasihatinya adiknya untuk memujuk bininya. Lelaki tersebut juga telah berusaha untuk membuat kerja sampingan bagi menambah pendapatan namun isterinya tetap dengan pendirian yang sama. Sehinggalah satu hari, lelaki itu terdengar wanita berkenaan berbual di telefon dengan begitu mesra. Lelaki itu terus meminta telefon tersebut, namun isterinya terus berang dan bertindak kasar.

Kredit: TikTok Zeemarwadriana

0 Response to "[Video] Kakak Berang Adik Lelaki Dihempuk Bini, Minta Cerai Kerana Taknak Hidup Susah"

Post a Comment