[Video] Gagal Angkat Berat 210KG, Influencer Indonesia Meninggal Dunia Akibat Patah Leher

 




Pembina badan dan influencer Indonesia, Justyn Vicky disahkan meninggal dunia akibat patah leher selepas gagal mengangkat barbel seberat 210 kilogram.

Menurut laporan Detik Health, kejadian tersebut berlaku pada Sabtu lalu di The Paradise Bali Gym dan menerusi video yang tular di laman sosial, kelihatan dia sedang membuat squad-press dengan mengangkat barbell di bahunya.


Dalam video tersebut, Justyn bersama seorang jurulatih yang turut membantu membuat squad tersebut namun secara tiba-tiba dia hilang keseimbangan ketika mengangkat barbell seberat 210kg itu lalu jatuh dalam posisi terduduk.

Kemalangan itu menyebabkan Justyn patah leher dan tekanan kritikal pada saraf penting yang disambungkan ke jantung dan paru-paru. Dia telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia sejurus selepas pembedahan kecemasan.

Dalam pada itu, ramai yang telah memberi penghormatan terakhir buat influencer tersebut memandangkan arwah dikenali sebagi seorang yang sangat peramah dan terbuka.

Sumber: Detik Health

0 Response to "[Video] Gagal Angkat Berat 210KG, Influencer Indonesia Meninggal Dunia Akibat Patah Leher"

Post a Comment