Berpisah

Baru-baru ini, Nelydia Senrose dan juga kekasih hati, Qi Razali pernah diasak soalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan goyah apabila masing-masing meluahkan perasaan di sosial media. Namun mereka menafikan sekerasnya perkara tersebut, sehinggalah Nelydia membuka cerita sebenar mengenai mereka di Kosmo! kus fasal cinta.

Kalau boleh, saya mahu buat keluarga bangga dengan pencapaian dalam kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya baik dalam alam perkahwinan ataupun perkara lain yang bakal saya ceburi”

“Saya sedar sebelum ini banyak cerita yang mengatakan saya sedang dalam persiapan untuk mendirikan rumah tangga tetapi sebenarnya tidak ada-apa perancangan yang dilakukan. Berilah saya peluang untuk fokus kepada diri terlebih dulu”

“Saya tidak kisah jika cinta hadir kemudian. Apa yang paling penting sekarang ini saya mahu sayangkan diri saya dulu. Ini bukan bermakna saya pentingkan diri sendiri tetapi saya mahu meletakkan diri saya di satu tahap yang berbeza supaya orang lain tidak mudah memperkotak-katikkan diri ini,” kata Nelydia menjelaskan segalanya.

Selain itu, Nelydia yang sebelum ini sudah menjalin cinta hampir tiga tahun bersama Qi enggan mendedahkan perkara sebenar yang menjadi penyebab perpisahan mereka.
Apa pun dia tidak menolak jodoh jika mereka sememangnya sudah ditakdirkan bersama – okay ini jawapan cliche. Apa pun, semoga Nelydia mahu pun Qi dapat mengejar impian masing-masing.

0 Response to "Berpisah"

Post a Comment