Gegar

Konsert Gegar Vaganza 2 semalam bermula dengan meriah dengan digamatkan dengan pengacara yang serba boleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Bintang-bintang kali ini yang membuat persembahan memang dirindui ramai seperti Zulhandyblack, Amir Ukays, Nizam Laksamana, AzianMazwanSapuan serta Sheeda.

Pada persembahan pertama Sheeda yang mengalunkan lagu hitnya iaitu 'Angkat Kaki', sesuatu perkara pelik dan tanpa dirancang telah berlaku.

Dewan tersebut digamatkan dengan penonton-penonton yang turut sama bergelek seperti sebuah kelab dangdut!!! Paling tak boleh blah, Dato Seri Vida juga turut sama bergelek.

Terdapat juga peminat yang mempersoalkan ASTRO yang gemar membuat program-program seperti nyanyian ini yang melalaika.

Namun anda semua sudah bijak memilih kan. So tepuk dada, tanya iman.

Nyata masih ramai yang merindui muzik dangdut secara amnya dan Sheeda secara keseluruhannya.

Tak sabar nak menantikan persembahan pembukaan daripada Nabil dan Jihan yang akan menyanyikan lagu Sinkong dan keju minggu hadapan.

0 Response to "Gegar"

Post a Comment