Che Ta

Bayangkan waktu berumur sekarang pun sudah cantik apatah lagi masa anak dara...

Rozita Che Wan yang lebih mesra di sapa Che Ta, memuatnaik gambar tersebut di laman sosial miliknya untuk dikongsi bersama peminat.

Rozita Che Wan yang lahir pada tahun 1973, kini berumur hampir 42 tahun bermakna gambar itu diambil pada 23 tahun yang lalu.

Biodata Lengkap Rozita Che Wan

Nama Penuh: Rozita Abu Bakar @ Che WanPanggilan: Rozita Che WanTarikh Lahir: 9 Mac 1971Usia: 39 tahunAsal: Alor Setar, KedahAdik-Beradik: Anak kedua daripada tujuh beradikKerjaya: Pelakon dan modelStatus: Ibu tunggalAnak: Ammar Effendy, 12, dan Aniq Ezzra, 10 tahun.Filem: 4 MaduDrama: Cinta Terhalang, Manjalara, Sesuci Cinta Sofia, Jelatang, Susuk 2, Anissa, Ayyad, Hati, Cerciter Cinta, Iparku Diva, Goyang Syafiq, Kiah Beraya Solo, Kiah Pekasam, Hilang, Dewi Di Sebalik Cermin, Sesuci Cinta Sofiya, Hati Yang Terpinggir, Bila Suami Jadi Suri, Pontianak Beraya di Kampung Batu.Iklan: Petronas, 999, Rorine

Wikipedia:

Rozita Abu Bakar @ Che Wan, dilahirkan pada 9 Mac 1974 dan berasal dari Alor Setar, Kedah. Anak kedua daripada tujuh beradik ini menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas kira-kira tiga tahun. Selepas meninggalkan MAS, dia menyertai kegiatan modeling selama enam bulan.

Tidak lama kemudian, dia bertemu jodoh dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply, 36, apabila disatukan secara sah pada 26 Ogos 1995. Namun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila bercerai secara sah pada 8 Mei 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata - Ammar Effendy, 12, dan Aniq Ezzra, 10.

Rozita bergerak aktif sebagai pelakon drama mulai 2005 bersama adiknya, Ayu Raudhah. Namun sebelum itu dia pernah bertugas di sebuah firma arkitek selama setahun. Drama pertama lakonannya ialah Cinta Terhalang. Sehingga kini, Rozita sudah membintangi lebih 50 judul drama TV. Bagi 2007, dia sudah menjayakan kira-kira 19 drama. Antara drama lakonan beliau ialah Manjalara, Sesuci Cinta Sofia, Jelatang, Susuk 2. Selain itu, belaiau juga terlibat dalam bidang pengiklanan seperti iklan Petronas, iklan 999, iklan Rorine dan sebagainya.

Sumber: wikipedia-artis

0 Response to "Che Ta"

Post a Comment